10 Sebab Mengapa Perlu Undi PAS


Ada beberapa sebab yang mendorong saya merayu dengan sepenuh hati kepada para pengundi di Pendang dan Anak Bukit agar terus kekalkan kemenangan PAS di kedua-dua kerusi tersebut. Kerana:
1. PAS adalah parti yang melandaskan perjuangan politik di atas ingin memenuhi tuntutan syar'ie. Ingin mendaulatkan Al Quran dan As Sunnah sebagai dustur (perlembagaan) negara biarpun serba payah. Usaha ini jelas, apabila kerajaan negeri Terengganu berjaya meluluskan enakmen undang-undang Hudud dan Qisas. UMNO, bukan parti Islam yang terbesar di dunia (seperti yang pernah dinyatakan oleh pemimpinnya).Kini ada pula ahli UMNO bukan Islam. Dari amalan sehariannya pula, mereka jauh menyimpang daripada amalan Islam ... kalau kita lihat para pemimpin tertinggi mereka; aurat tidak dijaga (rambut wanita), pergaulan bebas lelaki perempuan sehingga seperti suami isteri (lakonan DR.Mahathir serta Rafidah masa mesyuarat tertinggi UMNO baru-baru ini), terlibat dengan pelbagai skandal rasuah wang dan politik, skandal seks dengan wanita dan masalah solat tidak dijaga dan pelbagai lagi.
Untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Almarhum Dato' Fadzil Noor untuk warga Pendang dan Anak Bukit. Sekali gus sebagai menghargai sumbangan dan jasa Almarhum.
2. Untuk menolak majoriti 2/3 DUN Kedah. Dengan itu sukar bagi BN untuk meminda atau menggubal mana-mana enakmen yang bersesuaian dengan selera mereka.
3. PAS serta parti-parti BA yang lain tergolong dalam kelompok manusia yang dizalimi. Justeru jika anda tidak dapat menolong penzalim (BN) dengan menasihati mereka agar tidak berlaku zalim, lebih baik bersama-sama PAS dan BA dalam kelompok orang yang dizalimi. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan menerima kampunan kita dan doa kita.
4. Calon-calon PAS mewakili gologan muda serta berpendidikan tinggi. Mereka tidak pernah ditarbiah untuk jadi rakus apabila ada kuasa, malah mereka melihat kuasa itu sebagi satu amanah yang sangat berat... mereka tidak pernah terfikir untuk menteladani pemimpin-pemimpin agung kapitalis, pragmatis, komunis, sosialis dan pelbagai lagi. Teladan bagi mereka ialah para sahabat-sahabat Nabi S.A.W. (R.A.)Mereka berusaha untuk ke arah itu.
5. Kuasa bukan suatu yang digila-gilakan. Tidak sebagaimana calon-calon BN, teladan yang mereka perlu ikuti adalah Dr.Mahathir (lepas ini Pak Lah)... sebab itu mereka tidak peduli hak siapa, harta siapa, adil atau tidak. Korupsi, kronisme dan nepotisme sudah menjadi darah daging mereka... Lambat laun jika tidak mengikut amalan-amalan tersebut, mereka akan disingkirkan.. begitulah nasib yang telah diterima oleh DS Anwar Ibrahim. Mereka laksana segerombolan perasuah .... siapakah yang layak memimpin gerombolan mereka? Sudah tentu yang paling hebat amalan rasuahnya! Justeru untuk menjadi pemimpin pelapis, kenalah tingkatkan amalan korupsinya terlebih dahulu... Siapa lagi yang akan menyedarkan mereka? Kerana kesemuanya sedang berusaha untuk meningkatkan amalan korupsi mereka. Begitu pula lah, dalam segerombolan orang-orang yang baik, siapakah pula yang akan menjadi pemimpin mereka? Tentulah orang yang pling baik di kalangan mereka! Begitulah perbandingan kepimpinan BN (UMNO) dan PAS. Orang yang kaki rasuah, ahli maksiat, tidak akan mendapat tempat dalam PAS atau mungkin (kalau ada yang terlepas pandang) sedang bersiap sedia untuk dinyahkan dari saf kepimpinan PAS.
6. Calon-calon PAS juga adalah anak-anak tempatan Kedah. Mereka dikenali sebagai individu berjiwa rakyat, memulakan kerjayanya dengan profesion yang hampir dengan rakyat. Bidang kesihatan dan pertanian merupakan dua bidang yang sangat penting kepada rakyat marhaen. Insya Allah dengan 'kuasa' yang diamanahkan akan memudahkan mereka ini meneruskan khidmat mereka terhadap rakyat.
7. Mengundi PAS bererti, menolak BN (UMNO) yang menolak hukum Islam. Tidak berusaha ke arah melaksanakan hukum Islam. Telah 45 tahun memerintah, usahkan hukum Islam dimaktubkan, malah perlembagaan Lord Reid itu juga yang diagung-agungkan. BN(UMNO)juga menakut-nakutkan rakyat Malaysia bahawa undang-undang Islam itu zalim atau tidak berlaku adil. Zalim dan adil yang hanya mengikut sukatan kepala manusia sahaja. Bukankan ilmu yang manusia ada walau seginius mana mereka hanyalah setitis ilmu yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka.
8. Mengundi PAS bererti, menolak BN yang secara terus-menerus dan terang-terangan menghina golongan ulama'. Atau menyokong mana-mana pihak yang menghina ulama'. Mereka mempersenda golongan ini yang katanya berfikiran sempit kerana serbannya terlalu ketat lalu oksigen tak cukup sampai ke otak dan pelbagai lagi. Sempit,kerana pandangan mereka tidak memenuhi cita rasa politik mereka... Justeru, mereka mahu diri mereka juga dianggap ulama' . Tak kisahlah kalau mereka nak isytihar Dr.Mahathir sebagai ulama' politik sekular, tapi jangan menghina dan mempersenda ulama' agama. Meraka hanya takut kepada Allah S.W.T., kerana azab-Nya jauh lebih dahsyat daripada segala hukuman di dunia!
9. Mengundi PAS bererti, kita memprotes segala bentuk kezaliman dan amalan-amalan yang tidak berperi kemanusiaan yang dibuat oleh KERAjaan BN (UMNO). Pengadilan yang tidak telus terhadap DS.Anwar Ibrahim, ISA, Memali, Lubuk Merbau, dan pelbagai lagi.
10. Mengundi PAS bererti, kita cinta akan keindahan Islam. Kita semakin hampir kepada Allah S.W.T. Kita cinta kepada pelaksanaan undang-undang yang paling sesuai kepada manusia, kerana memenuhi wasiat Rasulullah S.A.W. selama mana kita berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W. kita tidak akan sesat selama-lamanya.
Wallahu 'alam...

Comments

Popular posts from this blog

Tok Kenali

PAS Pahang umum calon Gagasan Sejahtera