10 Sebab Mengapa Perlu Undi PAS
Ada beberapa sebab yang mendorong saya merayu dengan sepenuh hati kepada para pengundi di Pendang dan Anak Bukit agar terus kekalkan kemenangan PAS di kedua-dua kerusi tersebut. Kerana: 1. PAS adalah parti yang melandaskan perjuangan politik di atas ingin memenuhi tuntutan syar'ie. Ingin mendaulatkan Al Quran dan As Sunnah sebagai dustur (perlembagaan) negara biarpun serba payah. Usaha ini jelas, apabila kerajaan negeri Terengganu berjaya meluluskan enakmen undang-undang Hudud dan Qisas. UMNO, bukan parti Islam yang terbesar di dunia (seperti yang pernah dinyatakan oleh pemimpinnya).Kini ada pula ahli UMNO bukan Islam. Dari amalan sehariannya pula, mereka jauh menyimpang daripada amalan Islam ... kalau kita lihat para pemimpin tertinggi mereka; aurat tidak dijaga (rambut wanita), pergaulan bebas lelaki perempuan sehingga seperti suami isteri (lakonan DR.Mahathir serta Rafidah masa mesyuarat tertinggi UMNO baru-baru ini), terlibat dengan pelbagai skandal rasuah wang dan politi
Comments
Post a Comment